Wednesday 17 October 2012



NURRUN A'LAN NUR

Aku temuiMU di ALAMUL LAHUT
sungguh gembira pabila engkau dan aku sahut menyahut
kerana engkau MAUJUD BIL WUJUD
laguku kasrah fi wahdah wa wahdah fi kasrah sangat lah indah
berenang dan tenggelam aku didalam lautan AS SYUHUD
perhentianku penuh sirna dalam sirrul WUJUD
alangkah nikmatnya berada dalam wahdah al wujud

Engkau perkenalkan aku ke ALAMUL JABARUT
kurenangi pula sungai- sungai yang mengalir dari jabal wuquf
engkau dan aku sering berpandangan dalam ruang KUNHIYYU
haqaiqku dibaluti nurrun a’lan nur

Aku turuni lurah ALAMUL MALAKUT
Disana penuh tawa riang makhluqat
Tercangang aku disirami qodimi sarbat
Tajalli zat mesra ria disamping qodim majaziyyat
Alam berputar dan berpinar dipaksi qudrat dan iradat

Ku kenderai jalan syuhudi kasrah dikampung ALAMUL AJSAM
terasing aku dalam resah gelisah yang paling payah
gejolak FUAD ku meronta berlari –lari mendaki jabal QAF
tanpa titik
tanpa huruf
tanpa rasa
tanpa suara
tanpaMU binasalah segalanya.

Maqam Ibnu Arabi – Jabal Qosiyyun , 23/10/1989